"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Walaupun bertubuh langsing, lelaki ini pernah menelan 147 ladu dan memakan 40 mangkuk mi dalam masa 15 minit

YIZHONG memakan semangkuk mi sambil diperhatikan oleh peminat dan wartawan.
LIUYANG: Selepas memakan 24 mangkuk mi, seorang lelaki yang agak langsing dan digelar 'Raja Perut Besar' di China masih lapar dan mampu makan dengan lebih banyak.

"Saya boleh teruskannya," kata lelaki berkenaan, Pan Yizhong selepas seorang demi seorang pencabarnya mengaku kalah.

"Teruskan Raja Perut Besar," kata penonton pada acara pertandingan makan berkenaan yang diadakan di sebuah sekolah di sini, dalam wilayah Hunan.

Sebaik sahaja dia menghabiskan mangkuk ke-25, tiada lagi pencabar yang kelihatan, manakala penonton pula terdiam kerana kagum.

"Raja Perut Besar ialah wira kami," kata seorang pencabarnya, Lu Nan.

"Dia mempunyai kuasa ajaib," tambahnya.

Yizhong, 45, merupakan selebriti pertandingan makan yang paling popular di China.

Dia pernah menelan 147 ladu dan memakan 40 mangkuk mi dalam masa cuma 15 minit.

Lelaki itu menyedari dia mempunyai bakat untuk makan banyak apabila dia mencabar seorang juara makan wanita dari Jepun pada tahun 2006.

Walaupun kecundang, Yizhong telah memakan selonggok mi diikuti 36 kek pulut.

"Ketika itu, saya menyedari bahawa saya boleh makan sebanyak tiga kilogram mi pada sesuatu masa.

"Sejak hari itu, keupayaan saya meningkat. Saya turut berlatih dengan makan hidangan bufet," tambahnya.

Dia yang pernah bekerja di sebuah kilang memproses daging, mengekalkan bentuk tubuh langsing dengan berenang di sebuah sungai berhampiran rumahnya.

"Saya tidak makan selama 24 jam sebelum menyertai sesuatu pertandingan untuk memastikan perut saya kosong dan saya benar-benar lapar," jelas Yizhong. - Agensi

Tiada ulasan: