"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Istilah atau nama makanan berunsur babi yang wajib kita ketahui

Istilah yang sudah cukup umum ialah pig. Pig merupakan babi muda yang mempunyai berat badan kurang dari 50 kg. 

Hog merupakan istilah untuk babi dewasa dengan berat melebihi 50 kg. Selain itu, ada istilah yang juga sudah agak sering dijumpai iaitu pork yang bermaksud daging babi.

Ada pula istilah swine yang bermaksud daging babi secara umum, apa pun jenis babi tersebut. Istilah lain iaitu boar yang bererti babi liar, babi hutan atau babi.

Satu istilah lain ialah lard yang mungkin akan kerap dijumpai. Kerana lard merupakan lemak babi yang biasanya digunakan sebagai minyak untuk masakan, kuih atau pun bahan sabun.

Bacon merupakan istilah untuk daging asap, akan tetapi biasanya sudah sinonim dengan daging babi. Ada juga ham yang artinya ialah daging babi bahagian peha.

Ada satu istilah yang sebenarnya jarang digunakan akan tetapi penting untuk diketahui, iaitu sow yang bererti babi betina. Istilah sow milk itu sendiri bermakna susu yang dihasilkan dari babi.

Istilah daging babi yang berasal dari bahasa Cina. Ada istilah tab yang bermaksud daging babi. Terbitan kata dari tab ini sebenarnya sudah cukup popular seperti bakpao, bakso, bakkwa, bak kut teh

Istilah lain yang juga perlu diketahui mengandung babi ialah sebagai berikut: char siu (cha siu atau char siew), cu nyuk, rou, dwaeji, tonkatsu, tonkotsu, butaniku, yakibuta, nibuta, B2, dan juga khinzir.

Tiada ulasan: