"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lihat kembali perbuatan mengarut ahli politik kita

Mariam Mokhtar
Ia adalah rantai kunci hotel...tidak, ia pen drive," kata Hee Yit Foong, wakil rakyat yang baru "bebas" semasa kekecohan di Dewan Undangan Negeri Perak, apabila dia menyembur lada kepada Yew Tian Hoe dari DAP. Dia tidak meminta maaf dan tidak mengakui kesalahan, sehingga dihadapkan dengan bukti, dan terpaksa membayar kos ganti rugi.

"Jika anda nampak ular dan orang India, yang mana akan anda bunuh dulu?" ini didakwa dikatakan ADUN Sungei Rapat, Perak, Hamidah Osman. Dia kemudiannya meminta maaf, kepada Dewan Undangan Negeri dan seluruh masyarakat India

"Jika Datuk kata benar (kami dah berkahwin), maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie Ezette, isteri baru Bung Mokhtar Radin, yang menafikan beliau berkahwin dengan bintang seksi itu. Ahli parlimen yang lantang dan kontroversi itu, yang kerap menghentam ahli-ahli parlimen wanita secara lisan, menunjukkan sisi lembut beliau apabila dia menangis, selepas terlepas dari hukuman penjara kerana berpoligami tanpa keizinan isteri pertama.

"Tinggalkan negara ini jika anda tidak suka dengan kerajaan Barisan Nasional," kata Ketua Wanita Umno Baru Kuantan, Zaiton Mat kepada mereka yang berpesta pada Malam Tahun Baru di Kuala Lumpur, yang beliau tuduh mahu menggulingkan kerajaan. Setahun kemudiannya, bekas PM, Mahathir Mohamad mengkritik Najib Razak dan kerajaannya kerana pelbagai macam skandal, tetapi Zaiton tidak ada memberikan kritikan.

“Saya boleh sahkan bahawa kedua-dua suami dan anak-anak saya tidak pernah meminta bantuan saya bagi projek ini. Mereka tahu mereka tidak boleh meminta bantuan saya. Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk membantu mereka dalam mendapatkan projek tersebut... Mengapakah saya perlu bertanggungjawab?” kata bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil, dalam tuntutan mahkamah yang dilakukannya terhadap pemimpin-pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Mereka menuduh beliau mempengaruhi kabinet untuk memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada suaminya, dalam apa yang dikenali sebagai skandal National Feedlot Corporation.

Yang peliknya, Najib tidak melanjutkan jawatan senator beliau, pada bulan April 2012, dan beliau tidak lagi menjadi menteri. Kita teringat pepatah “tak ada angin, masakan pokok bergoyang.”

Kenyataan-kenyataan seksis tidak hanya dikeluarkan oleh pemerintah BN. Pemimpin pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid digelar "nenek bersikap perkauman" oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan dalam sebuah saman fitnah terhadapnya, telah diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM500,000.

“Apabila Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan PM, pakaian Wan Azizah menelan kos sehingga RM8,000 sepasang dan 20 pasang telah dijahit setiap tahun,” dakwa Lokman Nor Adam dari Umno Baru, dalam satu ceramah pada tahun 2011.

Lokman, bekas setiausaha Pemuda PKR yang kemudiannya membelot, seharusnya lega kerana Wan Azizah tidak gilakan cincin, atau beg tangan berjenama.

“Seorang menteri besar wanita akan mendapat 'uzur sharie', dan akan ada banyak halangan untuk menemani sultan di majlis-majlis agama,” kata peguam Umno Baru, Mohd Hafarizam Harun apabila mencadangkan bahawa jawatan MB hanya sesuai untuk kaum lelaki.

Wan AzizahWan Azizah
Presiden PAS, Hadi Awang menentang pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor kerana beliau "tidak layak", tetapi bekas MB Selangor, Muhammad Muhammad Taib, berkata Wan Azizah adalah "salah seorang calon terbaik yang pernah ada", dan "amat berkelayakkan".

Setahun sebelum itu, bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim berkata yang Wan Azizah boleh menjadi MB, sekiranya kad pengenalan beliau menunjukkan yang dia bermastautin di Selangor.

Sesetengah lelaki kerap berubah fikiran, dan membenci perempuan. Apabila seorang wanita merupakan calon terbaik bagi jawatan MB, mereka tidak nampak seorang calon yang berpotensi, tetapi mereka melihat kehidupan mereka berkelip di depan mata mereka. Mereka membayangkan kehidupan yang didominasi oleh isteri-isteri mereka, maka mereka enggan mematuhi bos wanita di tempat kerja.

Tiada ulasan: