"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti Perlis mengislamkan dan menikahkan wanita Mexico yang datang ke Perlis (Gambar)

DrMAZA




Petang tadi seorang wanita Mexico telah datang dari negaranya ke Perlis hanya dengan tujuan untuk menganut Islam dan berkahwin dengan pasangannya. Mereka memilih Perlis kerana berita kebaikan yang mereka dengar mengenainya, alhamdulillah. Saya telah mengislamkan dan terus selepas itu melakukan akad nikah pasangan tersebut.

Turut berangkat menyaksikan majlis itu DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis. Syeikh Hussein Yee yang hadir memberikan khutbah nikah.

Pasangan ini terus dinikahkan selepas menganut Islam dan akan pulang ke negara mereka selepas ini.
Sumber facebook-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Suatu 'event' yang sangat menarik dan boleh mencetus minda kita. Sheikh Hussein Yee suatu ketika dulu aktif di negara sendiri namun kini beliau aktif di luar negara terutama di Barat. Pernah diberitakan beliau digam oleh pihak tertentu untuk menyekat ajarannya. Begitu juga Dr MAZA. Beliau memperjuangkan assunnah namun ada pihak yang kurang senang dengan beliau hingga sanggup memberi beliau masaalah dan juga label yang kadangkala menghina. Oleh itu tidak hairan seorang graduan Universiti Madinah boleh berhubung rapat dengan Dr MAZA. Keduaannya saya kagumi!! Oh ye kepada pengantin baru diucapkan Baraallahu Laka Wa Baraka 'alaika Wajama'a Bainakumaa Fii Khair.