"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak ‘terbang’ ditiup angin pusar (Gambar)

Terbang
Beijing: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun cedera selepas ‘terbang’ akibat dilambung beberapa meter di udara oleh angin pusar yang tiba-tiba melanda di sekolahnya.

Dalam kejadian itu yang sempat dirakam dan tersebar di Internet, Li Jiaqi, pelajar gred tiga di sekolah rendah di daerah Guazhou itu sedang bermain di padang bersama rakannya sebelum tiba-tiba diangkat angin seperti puting beliung kecil itu.

Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak yang berada di atas padang terkejut dan bertempiaran menyelamatkan diri manakala pakaian, beg dan sampah-sarap berterbangan.
Li satu-satunya mangsa yang cedera selepas terjatuh beberapa meter dan dikejarkan ke hospital selepas kejadian.

Dia bagaimanapun cuma mengalami kecederaan ringan sebelum dibenarkan pulang.

Guazhou mengalami fenomena cuaca pelik sejak kebelakangan ini termasuk ribut pasir kuat yang hanya bertahan selama 10 minit.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: