"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

GEMPAR!!! Penjenayah perang Bosnia minum racun di mahkamah (video)

 Penjenayah perang Bosnia minum racun di mahkamah
Petikan rakaman video menunjukkan penjenayah perang Bosnia, Slobodan Praljak minum racun selepas Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia mengekalkan hukumannya selama 20 tahun. – Gambar EPA, 30 November, 2017.


CROATIA semalam melahirkan rasa terkejut dan memberi penghormatan kepada penjenayah perang Bosnia, Slobodan Praljak, yang meninggal dunia selepas minum racun di mahkamah di The Hague, Belanda ketika hakim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengekalkan hukumannya selama 20 tahun.

Kejadian itu berlaku sebaik saja membuat keputusan atas rayuan enam bekas pemimpin politik dan tentera Bosnia atas peranan mereka pada perang Bosnia pada 1990-an. Kesemua mereka dikenakan hukuman penjara.

Pemimpin-pemimpin Croatia di Balkan berkata tindakan Praljak yang membunuh diri itu kegagalan Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY).

"Tindakannya, seperti yang kita saksikan hari ini, mewakili ketidakadilan moral yang mendalam terhadap enam orang Croatia dari Bosnia dan rakyat Croatia," kata Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic.


"Saya ucapkan takziah kepada keluarga Jeneral Slobodan Praljak," kata Plenkovic sambil menyuarakan rasa tidak puas hati dan penyesalannya terhadap keputusan mahkamah itu.

Hakim-hakim memutuskan Praljak, 72 tahun dan lima orang tertuduh adalah sebahagian daripada "pakatan jenayah" pembersihan etnik umat Islam Bosnia untuk menyatukan Croats di seluruh Croatia dan Bosnia.

Sebaik sahaja hakim mengesahkan hukuman Praljak, bekas komandan tentera itu menjerit bahawa dia menolak keputusan itu sebelum minum cecair dari sebiji botol coklat. Dia kemudiannya segera dibawa ke hospital dan meninggal dunia di sana. – AFP

Tiada ulasan: