"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa yang pelik, PAS pertahan doa ‘turunkan siksa’ ke atas musuh

Faiz Zainudin
PETALING JAYA: PAS mempertahankan bacaan doa yang menyerang musuh politik parti itu yang dilakukan pada sebuah program anjuran PAS baru-baru ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Aw\aang berkata isu itu disensasikan semata-untuk memburukkan imej parti.

“Doa itu dimanipulasi. Kalau kita tengok pun doa, biasalah kita doa untuk kemenangan kita dan mengalahkan musuh, sebenarnya tiada benda yang pelik pun,” kata Hadi selepas pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera di Cyberjaya, malam tadi.

Lebih 2,000 penyokong PAS yang menyertai program solat hajat baru-baru ini membacakan “Qunut Nazilah”, doa khas yang diamalkan umat Islam ketika berhadapan keadaan cemas atau membimbangkan.

Beberapa media melaporkan kandungan doa itu membayangkan ia ditujukan khusus terhadap Pakatan Harapan, gabungan 4 parti yang bakal berdepan dengan PAS dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Antara kandungan doa itu ialah: “Ya Allah, cerai beraikanlah persatuan dan kesatuan mereka. Goyahkanlah langkah mereka, dan turunkanlah atas mereka siksa-Mu yang tidak akan Engkau jauhkan dari kaum yang berbuat jahat.”

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berkata doa seperti itu bukan sesuatu yang pelik.

“Memanglah kita doa minta pada Allah. Minta beri kemenangan kepada kita dan mengalahkan musuh. Jadi apa yang peliknya? Tiada yang pelik dalam doa itu. Isunya bukan doa, tetapi media pusing

“Kalau media lapor betul, tiada isu pun,” kata Tuan Ibrahim.

Tiada ulasan: