"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Itu kenyataan pertama dan terakhir, PKR ingatkan Rafizi -Saifuddin Nasution

Adam Abu Bakar
PUTRAJAYA: PKR mengingatkan Naib Presidennya, Rafizi Ramli supaya tidak mengulangi kritikannya mengenai parti itu tidak diperuntukkan jawatan kanan dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kritikan Rafizi itu tidak menjejaskan parti dan pucuk pimpinan PKR yang diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedia memulakan tugas masing-masing.

“Selepas kenyataan daripada Rafizi, kami berpendapat ini adalah kenyataan pertama dan terakhir daripada beliau.

“Kita telah sedia teruskan tugas yang sudah diberikan. Tidak timbul sama ada kami setuju atau tidak mengenai kenyataan beliau,” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Sabtu lalu, Dr Mahathir menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan.

Susulan itu, Rafizi menerusi Twitternya berkata, PKR beranggapan “pengumuman yang dibuat tidak muktamad” kerana “perbincangan masih berjalan”.

“Sebarang keputusan mengenai apa-apa pelantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti di dalam PH,” katanya sambil menambah ramai bertanya kenapa jawatan menteri kanan tidak diberi kepada PKR.

Tiada ulasan: