"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!!Bekas pegawai SPRM buat laporan terhadap Najib halang siasatan kes Kumpulan Wang Persaraan dan1MDB


Seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM Datuk Abdul Razak Idris berkata laporan itu berkaitan apa yang disyaki sebagai tindakan menghalang siasatan berhubung kes Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya sebenarnya diminta bos saya dulu buat laporan segera agar Datuk Seri Najib, isteri, anak-anak dan proksi mereka tak sempat lari, dan tindakan diambil sebelum sempat lari.

“Jadi itu antara sebab saya buat laporan, hari ini,” katanya menerusi siarang langsung di Facebook sebuah portal, hari ini.

Abdul Razak turut berkata, laporannya itu dibuat antara lain menggesa SPRM menyiasat Najib dan rakan-rakanya yang disyaki menggunakan kuasa untuk menghalang siasatan kes berkenaan dan menuntut supaya bekas perdana menteri itu mengisytihar hartanya.

"Mereka juga disyaki memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan (unexplained properties) dengan memuaskan.

“Harta-harta ini dibandingkan dengan emolumen yang sah, bila ada perbezaan itu, harta yang berlebihan itu, yang disebut unexplained properties itu perlu di perjelaskan oleh Najib.

“Jika dia tak boleh jelaskan, ia akan menjadi satu kesalahan dan hukuman 20 tahun penjara dan denda 5 kali ganda nilai harta yang tak boleh diperjelaskan,” katanya.

Abdul Razak berkata beliau akan membuat dua laporan di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009, kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Satu lagi laporan dibuat di bawah Seksyen 36, dihukum di bawah Sek 36 (3) Akta SPRM 2009.

Abdul Razak bagaimanapun enggan mendedahkan identiti bekas bosnya itu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 Rabu lalu sekaligus menamatkan pemerintahan BN di Malaysia selama 61 tahun.

Susulan kemenangan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10 Mei mengangkat sumpah jawatan perdana menteri buat kali kedua.
-malaysiakini

Tiada ulasan: