"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendedahan Mohd Shukri bukti kerajaan BN perintah negara ala mafia, kata Mahfuz

MALAYSIA DATELINE 
Pendedahan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull yang mendakwa terpaksa meninggal Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam, membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini ala mafia, kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata sejak kemerdekaan negara belum pernah rakyat mendengar terdapat pemimpin melakukan tindakan di luar batasan kuasa terhadap penjawat awam sebagai yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tindakan seperti ini (ala mafia) begitu melampau dan tidak mungkin dapat dimaafkan begitu sahaja. Semestinya rakyat yang mengikuti perkembangan beliau merasa sedih dan dukacita bagaimana beliau dilayan sedemikian sedangkan Shukri dan SPRM berusaha keras mahu menegakkan kebenaran dan menyelamatkan negara.

“Jika pemimpin kanan SPRM sendiri mengakui diugut, diancam, ditukar dan dipecat ketikan menjalankan tugas, bagaimana pula dengan kakitangan bawahan yang lain. Mungkin ramai lagi yang mengalami pengalaman yang sama atau mungkin lebih teruk tetapi enggan mendedahkannya kerana bimbang ancaman keselamatan terhadap diri dan keluarga mereka,” ujarnya dalam kenyataan.
Datuk Mohd Shukri Abdull (kiri) ketika sidang media pada Selasa yang mendedahkan apa yang beliau hadapi ketika menjalankan siasatan berkaitan skandal SRC dan 1MDB.

Mahfuz juga bersetuju siasattan menyeluruh dilakukan atas dakwaan Mohd Shukri yang mendedahkan pengalaman beliau semasa menyiasat kes skandal 1MDB dan SRC.

Jika tanpa pendedahan Mohd Syukri ujarnya lagi, rakyat Malaysia tidak akan tahu bahawa ada segelintir elit politik era pemerintahan BN yang mencengkam negara menggunakan kekuasaan dan kekerasan terhadap penjawat awam dan menjadikan negara ini seolah-olah milik peribadi mereka.

“Dalam hal ini, saya bersetuju agar *siasatan menyeluruh dibuat bagi membuktikan kebenaran dakwaan Datuk Shukri tersebut. Jika ternyata ia benar dilakukan, pelakunya wajar dijathukan hukuman berat atas jenayah yang dilakukan itu.

“Ia juga sebagai pengajaran bahawa penyelewengan dan salah guna kuasa adalah jenayah berat yang tidak boleh dimaafkan, dan sesiapa sahaja yang melakukannya wajar dijatuhkan hukuman setimpal,” ujarnya lagi.

Naib Presiden AMANAH ini juga berkata,apa yang berlaku menjadi sejarah hitam buat negara dan era pemerintahan baru Pakatan Harapan (PH) tidak akan berlaku sedemikian.

“Apa yang diharapkan kakitangan kerajaan agar terus dengan sikap profesional, menjalankan tugas atas profesionalisme dan tidak takut kepada sebarang ugutan oleh pemimpin politik yang berkuasa.

“Pentadbir kerajaan perlu bertindak mengikut lunas undang-undang dan bukan mengikut arahan secara semberono oleh pihak atasan.

“Jangan lindungi pemimpin yang korup tetapi bekerja untuk kepentingan negara tercinta.

“Saya yakin, jika pemimpin dan kakitangan awam saling bekerjasama melindungi negara dan rakyat saya percaya Malaysia akan kembali utuh dan mengulangi kegemilangan pemerintahan negara suatu ketika dahulu,” ujarnya.

Pada Selasa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull membuat pendedahan mendakwa, beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu.

Beliau kini kembali mengetuai operasi siasatan kes SRC dan bersama Pasukan Khas Siasatan 1MDB yang baru ditubuhkan untuk menyelesaikan isu yang mendapat tumpuan dunia, setelah cubaan mengagalkan usaha dilakukan beliau dan beberapa pegawai SPRM itu dibuat oleh kerajaan BN menerusi kuasa seorang perdana menteri, ketua polis negara dan peguam negara bagi menafikan individu yang terbabit secara langsung dalam skandal SRC dan 1MDB yang sedang disiasat SPRM.

Semalam turut dilaporkan sebuah rumah milik pegawai wanita berpangkat tinggi yang dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserbu hujung minggu lalu.

Wanita tersebut merupakan ketua unit pasukan perisik, Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan telah menerima beberapa dokumen penting dua hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Pegawai tinggi itu yang mempunyai 300 orang anggota hanya melaporkan kepada Najib sahaja.

Tiada ulasan: