"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TU DIA!!! Seramai 580 Profesor dan Profesor Madya sokong Dr Maszlee dilantik menteri pendidikan

MALAYSIA DATELINE 
Seramai 580 dikalangan Profesor dan Profesor Madya membabitkan universiti seluruh negara menyokong akan pelantikan Dr Maszlee
Malik sebagai Menteri Pendidikan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Survey yang dilaksanakan oleh Kumpulan Profesor Prihatin (KPP) yang berpendapat pelatikan Dr Maszlee adalah tepat dan sesuai dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengkaji semula dan mengangkat martabat sistem pendidikan negara.

Ketua KPP Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata, Dr Maszlee ialah seorang tokoh akademik muda yang telah membuktikan beliau
seorang yang serba boleh serta kreatif bukan sahaja di dunia akademia tetapi juga di medan masyarakat serta politik.
Prof Dr Mohamed Hatta Shahrom

“Sebagai ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) beliau banyak membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara. Buku-bukunya telah diterbitkan di dalam dan di luar negara oleh para penerbit terkemuka seperti Taylor & Francis dan Routledge.

“Keprihatinan tentang kenestapaan masyarakat telah mendorong beliau untuk bergiat cergas dalam beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO).

” Dr Maszlee juga bukanlah seorang ahli akademik menara gading yang terpisah daripada perjuangan untuk memperbaiki keadaan
masyarakat,” ujarnya.

Kenyataan itu juga menyebut Ahli Parlimen Simpang Renggam ini adalah tokoh yang tepat untuk membaiki sistem pendidikan serta
pemerintahan negara.

“Kebolehannya bertutur empat bahasa (Melayu, Inggeris, Arab dan Cina) merupakan sumber kekuatan pada dirinya sebagai seorang Menteri Pendidikan.

“Caranya yang berani berhujah dengan dalil, serta sikapnya yang berterus terang telah menarik perhatian pengkritik. Di sampng itu beliau mempunyai ramai pengikut dalam kalangan rakyat Malaysia yang kehausan pembaharuan dalam metode pendidikan serta pendekatan urus tadbir yang telus.

“Sebagai seorang Muslim Malaysia yang progresif beliau mempunyai kebolehan seorang menteri bagi semua rakyat berbilang kaum dananutan di negara ini.

“Kefahaman Islamnya amat sesuai bukan saja bagi negara Malaysia tetapi bagi dunia yang mahu maju bersama Islam ,” ujarnya lagi.

Justeru Prof Dr Mohamaed Hatta menekankan sebagai seorang Menteri Pendidikan kelak, Dr Maszlee boleh mengalakkan ahli akademik serta mahasiswa menikmati peluang ke ara pencapaian akademik dan profesional yang lebih tinggi serta untuk menyatakan pandangan tanpa kekangan undang-undang lapuk yang mencengkam dan melemaskan idea baharu.

“KPP percaya insyaAllah Dr Maszlee mempunyai kelayakan serta ketokohan mewujudkan pendidikan yang holistik. Inilah sistem pendidikan yang diperlukan oleh Malaysia baharu,” ujarnya kenyataan itu.

Hari ini Dr Maszlee Malik antara 13 menteri kabinet kerajaan PH yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong di Istana Negara dijangka pada jam 5.00 petang ini.

Tiada ulasan: